Tuesday, January 6, 2015

Sudah sampai seru

Aku start kerja kat AEON 9/12/2014
as a part time trainee cashier.
alhamdulillah, kerana niat aku yang betul,
setakat ni takda problemo yg besar dan berat menghempap aku lagi.

 setakat buka hardtag yang gila hard nak dibuka,
sampai luka tangan2.

setakat customer marah sebab aku tanya mak dia ada member card tak,
mak dia jawab takdak, aku pun terus scan barang.

setakat customer beli barang smpai RM3000, bayar guna cash.

setakat customer beri brg beratus-ratus ringgit,
bayar duit singgit2, nak kena kira.

setakat customer beli barang banyak2, dah habis scan,
baru cakap nak beg plastik.

setakat customer beli barang berpack2, nak kena tape satu2

setakat harga yang discan lain, tapi price showned dekat rak lain, beza RM1,
nak harga tu jgak, tpi takpa la. mmg policy AEON akan bagi harga terendah dekat customer.

setakat void nak kena cancel receipt, buat receipt baru, minus credit card.

setakat void nak kena minta cop manager yang ntah di mana,

setakat kena tegur dengan cashier senior suruh tulis money deno elok2 sebab nak kena hantar bank.

macam macam lagi lah ragam manusia ni

susah macam mana pun, mesti Allah mudahkan urusan aku. Bila void, mesti cashier senior tolong buatkan.
salin balik code2 barang. buat receipt. ada kes aku terscan 2 kali, last2 customer tu ckap, takpe2, i ambik je lagi 1 mentos tu. ALHAMDULILLAH.

paling banyak short aku RM2.75. Ada cashier baru lain yg short RM50, RM100.

sedih, sayang sangat sebenarnya nak berhenti. banyak kenangan dengan AEON. bukan AEON sini je la.
Dulu masa dok asrama, bila outing, aku, hajar dngan syira akan pergi JUSCO Balakong sebab taknak terserempak dengan budak smapk lain. banyak stok makanan yg dikongsi bersama oleh syira ada dekat aeon. bila aku tgk mknan2 tu msti teringat moments dengan syira and hajar.
AEON owned by Japanese Company. teringat kenangan ambik bahasa jepun walaupun aku ni bukannya pro sangat. teringat kenangan pergi Bon Odouri. banyak makanan Jepun dekat AEON. aku suka, haha.

semua staff akan diberi taklimat pasal customer care. aku tak dapat sebab aku parttime je. and dah nak berhenti pun. tapi aku still tahu nak respect customer, customer always right.
staff kat sini semua baik2. team cashier hoho. semua gila2 la. nanti kalau rajin aku buat entry pasal team cashier.

esok, 8/1/2015. almost genap sebulan aku memberikan khidmat kepada AEON. esok will be my last day give my service to AEON CO(M) BHD. thankyou so much.
sudah sampai seru untuk aku berhenti. bila orang tanya knp nak berhenti, aku cakap sebab tak dapat tukar fulltime. it is just an excuse. aku tak dapat beri jawapan yang terbaik. aku tak tahu.